Translate

Wednesday, 11 March 2015

Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan


Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan


1. Cuti tahun baru cina (19 - 20 Februari 2015) baru - baru ni, aku balik kampung bini aku.

2. Pelik kan.. tetiba nak cerita pasal pasar Siti Khadijah. Bukan apa, ada kenalan bagi tahu pasar ni tak best / tak "happening" katanya. Pelik juga dia buat statement macam tu sebab setahu aku, pasar Siti Khadijah memang "happening". Kecualilah kalau pegi waktu tengahari ke petang ke malam ke.

3. Makanya, di pagi Sabtu, awal - awal pagi aku bersiap - siap nak pergi pasar Siti Khadijah. Satu rumah tercengang bila aku cakap nak pergi pasar Siti Khadijah. (Sejak kahwin 2004, aku tak pernah bangun awal pagi untuk pergi ke mana - mana pasar kat kota bharu).

4. Lebih kurang 8.30pagi aku gerak (tak lah awal sangat). 

5. Ramai je orang kat pasar. Kawan aku tu pergi pukul berapa sebenarnya. Ntah2 dia pergi tempat lain tp konfiden je kata Pasar Besar Siti Khadijah... (dah byk kali dah jadik.. konfiden je last2 salah..)

6. Makanya... aku snap sana snap sini... takkan nak temuramah orang kot... 


Aneka Kuih Muih

Food!!!! Glorious food!!!!!

Lupa la nama makanan ni.. sama je mcm nasi impit.. cuma ada inti sama ada udang atau ikan

kuih


Kuih lagi..
Tapai

Ruang tengah khusus untuk sayur, ulam dan yang seumpama dengannya





Wednesday, 4 March 2015

Merayau ke Danau Tok Uban, Pasir Mas Kelantan


1. 1 Februari 2015 baru2 ni aku pegi merayau ke Danau Tok Uban kat Pasir Mas Kelantan.

2. Tapi bawak "escort" ler.. waris jugak. Maklumlah.. tempat ni dengar ceritanya jauh masuk ke dalam.

3. Sebelum ke sana aku terbayangkan jalan ke Danau Tok Uban ni jalannya berturap... ader papan tanda yang jelas.. kalau tak jelas pun boleh guna GPS atau Waze ke.

4. Hakikatnya, jalan masuk ke dalam hanya muat2 satu kereta, jalan berlubang sana sini macam baru lepas kene bom.. papan tanda memang haram la nak ada. Aku tak amek pic tu semua sebab tengah memandu kan.

5. Hakikatnya lagi, kita orang tak jumpa jalan pun mulanya. Salah jalan salah jalan salah jalan dan salah jalan. Senang cerita.. sesat ler hahaha.

6. Last skali baru waris aku cakap.. "dulu jalan tak lah sebanyak ni.. ader satu jalan je pun. Skg banyak pulak jalan"..

7. Rupanya kali terakhir waris aku datang Danau Tok Uban adalah 15 tahun yang lalu!!!!...  and i was like ... WHAT?????????

8. Agak2 hampir kol 2pm, ternampak papan tanda nak roboh.. "Jeti Kem Danau Tok Uban". Memang sampai ke Danau Tok Uban tapi Masjid Brunei kat bahagian seberang lah pulak.

9. Tanya orang kedai kat situ, direction ke Masjid Brunei. Lepas minum terus gerak. Waris aku pun pada masa yang sama baru dapat 'ilham' jalan nak ke Masjid Brunei. Ader la try pakai Waze, tapi mengarut... suruh masuk simpang.. tapi tak ader apa2 simpang masuk pun. Simpang alam bunian kot hahaha.

10. Waris aku suh ambil satu simpang. Ader kedai runcit sebelah simpang tu. Berhadapan dengan sekolah menengah (lupa lah pulak nama sekolah menengah tu).

11. Punyer laa dahsyat jalan masuk ke dalam. Bukan sikit2 jalan berlubang.

12. Tapi akhirnya sampai lah jugak. Jangan harap la nak jumpa papan tanda Masjid Brunei. Memang tak ada.

13. So.. ader la beberapa gambar yang aku ambil. Lagi pun, Masjid Brunei pun teruk jugak kene banjir baru2 ni.

 buruknyer tiang lampu... 



















Wednesday, 28 January 2015

Pemergian Ayah Mertua



1. Pada jam 2.30pagi 20 Januari 2015, bapa mertua aku meninggal dunia.

2. Ayah aku dah lama sakit. Cuma sakitnya bertambah teruk selepas hari raya Aidiladha lalu.

3. Masa mula2 masuk hospital besar Kota Bharu, ayah masih boleh berkomunikasi seperti biasa. Cuma agak susah sikit aku nak paham. Anak2 beranak dia pun jenuh nak paham.

4. Kemudian, ayah kene serangan sawan, kejang dari paras pinggang hingga ke kaki.

5. Doktor terpaksa buat keputusan untuk bagi ubat pelali dan ubat tidur untuk kasi ayah rehat.

6. Semua organ berfungsi dalam keadaan baik. Tiada sebarang kegagalan hati, buah pinggang, jantung dan lain - lain.

7. Tekanan darah pun normal. Cuma kemasukan oksigen agak rendah. Jadi doktor letak alat bantuan pernafasan. Tapi ayah tak suka. Dia rimas. Aku paham.. memang rimas pakai alat tu.

8. Cuma, selepas dimasukkan ke ICU selepas buat pembedahan buang nanah dibahagian belakang badan, ayah koma. (Bahasa mudah aku sebab ayah tak bangun2).

9. Kadang- kadang je ader pergerakan pada tangan. Kadang- kadang buka mata. Tapi tak lama.

10. Dalam keluarga mertua aku, tidak ada kes - kes macam ni. Jadi, ipar-ipar aku agak susah nak terima kenyataan.

11. Semua menangis sebelum ayah dikafankan. Kecuali aku dengan sorang lagi abg ipar aku. Memang saja aku tahan. Sebak weyyy. Tapi aku tahan. kalau aku nangis... memang sah tak boleh berhenti.

12. Aku ingat masa ayah sihat, aku ngan dia lepak kat beranda atas umah. Dia cerita, pernah bawak kain baju untuk dijual sampai ke Pulau Pinang. (Keluarga mertua aku dari Kemboja. Bini aku je lahir kat Kelantan).

13. Pernah kena tahan dengan polis sebab lebih muatan. Tapi polis tak saman pun. Ayah aku kata polis muda tu nasihat jangan buat macam ni (bawa muatan lebih) sebab bahaya.

14. Kat atas beranda tu juga dia pernah pesan, dalam Islam ada banyak hukum hakam. Maksud ayah aku.. jangan jadi jumud. Asalkan berpaksikan kepada AlQuran dan Hadis Sahih.

15. Dia juga bercerita yang rumah yang dia buat ni, kayu daripada jenis kayu berlian (atau belian). Masa tu harganya RM2000. Tahun 70an rasanya.

16. Dia cerita, tiap kali banjir memang seronok. Semua turun main air. Yang tak main air akan lepak atas beranda rumah masing - masing. Banjir dulu mana ada air keruh macam sekarang.

17. Kalau aku rindu dan teringatkan dia... anak - anak dia apatah lagi...

18. Anak buah aku kata, masa ayah aku meninggal, ader air mata keluar.

19. Aku juga akan menyusul suatu hari nanti. Moga kita semua pergi dalam Husnul Khotimah Amiin.

Al Fatihah

Friday, 16 January 2015





1. It is Saturday, supposed to be a weekend, but I am at my office!!!

2. I hate working on a weekend, arrgghhhhhh!!!!!!!

3. Nevermind that. Just want to share my leg training yesterday. Due to limited time, I only have 1 hour for my leg training. So everything needs to be short but precise ( am I using the correct words?)

16 January 2015 Friday - Leg Training

As usual.. Warm Up hehe

Pull Up 10 reps 3 times
Dip 10 reps 3 times

Squad
30kg 15 reps
40kg 12 reps
50kg 12 reps
60kg 10 reps

Front Squad
30kg 15 reps
40kg 12 reps
50kg 10 reps

( started to feel pain somewhere at back. Bad posture perhaps. Need to stop.)

Wide Open Squad
40kg 12 reps
50kg 10 reps
60kg 8 reps

(the pain at my back are getting more... realistic??? haha .. stop now)

Leg Extension
32kg 15 reps
41kg 12 reps
50kg 10 reps
63kg 10 reps
68kg 9 reps

Leg Curl
36kg 15 reps
45kg 12 reps
55kg 11 reps
64kg 8 reps
(Can't go any further haha)

Ok. That's it. It is best to do cardio before we start but since I got only 1 hour, have to skip that part.



My Gym Training


1. I started my gym since 2008.

2. Trained by my friend, every Monday to Friday.

3. Just a gym rakyat at Bandar Tun Razak. It was next to Badminton Stadium, which is also nearby the DBKL swimming pool.

4. 99% of the gym dudes over there are friendly. Feel like family.

5. Somehow, it is hard to maintain discipline due to outstations and some stupid working environment in my office which in turns, affect my mood. I hate that!!!.

6. Suddenly the gym was closed due to fire. Hahahahahah.

7. And I joined Fitness First at Menara MBF.. then Celebrity Fitness Wangsa Walk then Muscular Gym at Rampai Business Court.

8. Well, enough of my introductions to my gym history. Just want to share my training. I do weight lifting almost every day. Well, not really every day since our muscle needs to rest. But never keep track of my training regime.

9. On Monday 13, 2015 I trained my chest and triceps.

10. Off on Tuesday.

11. On Wednesday 15,2015, I trained my Back Muscle.

Warm Up
Pull Up 10 times (3 sets)
Dip 10 times (3 sets)

Deadlift
30kg 15 reps
50kg 12 reps
70kg 6 reps
80kg 5 reps

Low Row (Hammer Machine)
40kg 12 reps
60kg 12reps
80kg 10reps
90kg 10 reps

Back Row (Hammer Machine)
70kg   12 reps
100kg 10 reps
130kg 10 reps
160kg 10 reps

Biceps
Biceps Curl 12 reps 12kg ( can't really remember. Forgot to write it down)

Honestly, I can't really go any further since i lift too heavy. I never did this before. Probably after one of my dear friend in Kuantan said, " I do deadlift 50kg each side... total 100kg. 15kg each side, total 30kg  merely are warm up to me". And I said to him, "what????? damn you Zaim". And yet he's complaining about his backache hahahha.. padan mukerr.. wakakakakaka.

12. On Thursday 16, 2015, I trained my shoulder

Warm Up
Pull Up 10 times (3 sets)
Dip        12 times (3 sets)

Hammer Machine (front Shoulder)
20kg 20 reps
30kg 15 reps
50kg 12 reps
70kg 8 reps (almost failed at 7)

Hammer Machine (Behind the neck)
20kg 18 reps
30kg 15 reps
50kg 8 reps

(failed to do 4 sets. I am so weak at this part)

Upright Barbell Row
20kg 12 reps 3 times

Barbell Row Smith machine - backward (not really sure the name of this training)
30kg 15 reps
50kg 12 reps
60kg 12 reps
70kg 10 reps

Low Pulley Raise
11.5kg (each side) 10 reps 3 times

Abs

Cable Crunch
30 reps 5 times (keep increasing the weight)

13. There is one exercise which lack from my routine, CARDIO. Need to do cardio exercise after my weight training.


14. Ok, it is already 5pm and I need to head home :)...




tak tahu nak letak tajuk ape.....

1. Oh dear, it is already 2015!!!!!

2. The last updated 2nd August 2015. the worst part is.. I forgot my own blog names haha.

3. Since 2nd August until now, a lot.. a lot of things happened, around me and definitely on me.. of course.. the bad the worst .. and some of the good things.

4. I have been to Jogjakarta (should I upload it?) on February 2014. I booked the air ticket since July 2013. Air Asia of course.. I am not that filthy rich person for MAS haha...

5. the trip went well except that I can't really enjoy Borobudur. 90% of that Candi were closed due to ashes from last eruptions of Mount Merapi... arrgghhhhhhh!!!!!!!

6. same case with Candi Prambanan...

7. But, I had a good journey to Solo.. enjoying Candi Sukuh... apart from the superb view and outstanding scenario I still enjoyed A FULL BAR 3G SERVICE  from local TELCO in Indonesia.

8. I never set a goal for every new year.. except on 2008. In 2008, i have set a target to acquire a new home for my family and.. thank GOD I have made it somewhere in August 2008... (again.. August..what's with the August???)

9. Well for 2015, I have made up my mind. I want to loose my belly fat, stay fit and muscular. Pretty tough since I have accumulated all the unwanted fat in my so called body haha.

I will share some of my weight lifting training. Just to keep track and monitoring... until then.. I will enjoy my life to the fullest!!!!


Friday, 2 August 2013

Battle of Jitra

Salam hormat kepada yang membaca dan singgah ke blog saya. Dibawah saya lampirkan artikel yang diperolehi dari blog Military Of Malaysia. Ianya sekadar untuk berkongsi. Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, bolehlah berhubung terus dengan pemilik blog asal berkenaan di http://militaryofmalaysia.net/


banzai
Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Wareware no chīmu wa kotabaru ni jōriku shita.
Jeneral Tomoyuki Yamashita : Omedetōgozaimasu, ima, soreha watashitachi no bandesu.
Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Tashika ni, soreha tsuyu ga kite iru imadesuga, watashitachiha jinsokudenakereba naranai.
Jeneral Tomoyuki Yamashita : Moshi sōnara, karera wa hirō o tsukaihatashi hakai, kōgekide wa naku, sorera no kikai o kaishi..
Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Guddo-nushi, jushin sa reta meirei wa, watashi wa, sore jitai ga tanku o ken’in suru… Jitra wareware wa seifuku sa remasu…
………………………………………………………………………………………………………………………
1. Salam bahagia, bertemu lagi kita di ruangan lipatan sejarah negara bangsa kita yang semakin lama semakin pupus ditelan zaman dek kerana kelalaian kita menghayati erti kemerdekaan. Sekali lagi saya faisal 9w2wbt merakamkan setinggi tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Shah Paskal kerana kesudian menerbitkan artikel ini di dalam blog yang sentiasa mendapat perhatian dari ramai pihak pihak yang cintakan tanah air dan semangat patriotisme yang tinggi di dalam jati diri tuan puan sekalian.
2. Artikel ini agak panjang saya huraikan mengikut kefahaman pembacaan saya terhadap rencana rencana yang menjadi kajian oleh pengkaji pengkaji sejarah Tanah Melayu. Artikel ini bermotifkan tentang kajian kegagalan British mempertahankan barisan hadapan Tanah Melayu ketika itu dan taktik kemaraan tentera Jepun ketika mengasak pertahanan paling utara tanah air kita. Ia sepatutnya dipertahankan selama 3 bulan tetapi Jepun hanya memerlukan 3 hari sahaja untuk menawannya.
3. 4 Disember 1941, Lt. Jen Yamashita, selaku panglima 25 pemerintahan medan tentera darat Jepun berkekuatan 25,000 anggota telah berlepas menaiki kapal dari Vietnam menuju ke Thailand. 7 Disember 1941, armada tersebut berpecah dan mendarat di Singgora dan Pattani. Semasa di Singgora, pihak polis Thailand telah berjaya menghalang pendaratan tersebut dan setelah berunding, mereka akirnya mendarat dengan selamat dan bersiap menuju ke Tanah Melayu untuk bertempur dengan sejumlah 88,000 trup termasuk 9 dan 11 Divisyen Tentera Darat India dan 8 Div Tentera Australia.
4. Tengahhari 8 Disember 1941, Singgora di pijak oleh Jepun. 6 Briged dan 15 Briged British bergerak ke Jitra untuk ambil kedudukan. Mereka telah menanam periuk api dan menggali kubu kubu yang kesemuanya di penuhi air. Maklumlah waktu tersebut merupakan musim hujan dan hujan turun sehingga 4 hari menyebabkan persiapan tempur agak terbatas.
5. British cuba melambatkan kemaraan Jepun memasuki sempadan dengan cara mengamalkan pre emptive strike iaitu memasuki kawasan Thailand dan menggempur dari kawasan Thailand. Namun Jepun melalui Detachment hadapan diketuai oleh Lt. Kol Saeki Shizuo mendapat mesej dari pasukan peninjau udara yang telah mengugurkan mesej memberitahu bahawa pasukan ‘mechanised’ British bergerak melalui Changlun menuju ke utara.
6. Pasukan British yang menuju ke Thailand adalah dari kompeni 1/8 Regiment Punjab yang merupakan pasukan simpanan sahaja! Waktu itu, British juga menghantar pasukan pengebom udara bagi mengebom pasukan Jepun yang mendarat.
Jepun tidak membalas serangan itu, hanya memastikan kesemua anggota dan peralatan selamat mendarat. Setelah semua selamat mendarat, barulah serangan dari Jepun dilakukan. Jepun telah menghantar 3 buah kereta kebal sederhana (medium tank) 1 unit kereta perisai2 skuadron ‘mechanised cavalry’meriam dan 300 anggota.
7. 9 Disember 1941, Lt. Jen. Sugawara dari grup 3 Tentera Udara mengetuai 500 pesawat Jepun jenis pejuang dan pengebom yang berpangkalan di Vietnam berlepas ke Tanah Melayu. Mereka telah menyerang semua pengkalan udara British termasuk Alor Setar sehingga menyebabkan pengkalan itu terpaksa ditutup dan kesemua tentera British lari bertempiaran menyelamatkan diri.
8. Serangan ini menyebabkan bangunan terbakar dan memberikan tekanan psikologi kepada trup 11 Divisyen yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pengkalan itu. Pesawat Mitsubishi Zero bukanlah saingan pesawat Buffalo British yang amat daif. Maka, ruang udara telah dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.
9. Kita berbalik kepada keadaan di sempadan pula, Lt. Kol. Saeki telah memandu sendiri kereta kebal diikuti oleh 300 anggotanya dan bersama pasukan peninjau dan dengan gagah beraninya tidak sabar ingin bertempur dengan British.
10 Disember 1941, Mereka bertempur buat pertama kalinya di dalam kawasan Tanah Melayu.
10.Ketika inilah Jepun mendapat kemenangan yang pertama! Brtitish seperti biasa melarikan diri dan berundur. Hasil dari pertempuran ini, Jepun berjaya memiliki sebuah peta lengkap mengenai pertahanan British di kawasan Changlun dan Jitra.
Tetapi sebelum serangan itu, serangan udara di pengkalan Kepala Batas telah dilakukan. Sewaktu kereta kebal Saeki berada di sempadan dan bertempur, trup yang tewas berundur dalam keadaan yang amat daif dan bergerak berundur ke Changlun sementara itu trup di kawasan Perlis (sebelah kiri) juga berundur ke Kodiang. Dengan ini amatlah mudah Jepun memasuki Tanah Melayu pada 10 Disember 1941.

KUPASAN PERTAHANAN UTARA TANAH MELAYU. (KEGAGALAN OPS MATADOR)
11.British pada mulanya hanya menumpukan kekuatan pada 2 buah jalan yang menuju ke Thailand. Pada waktu itu, tumpuan pertahanan terjejas kerana musim hujan dan menyebabkan kenderaan berat gagal bergerak di atas jalan yang becak, maklumlah tiada turapan bitumen / minyak tar.
peta

12.Oleh sebab keadaan kawasan Jitra yang rata ratanya adalah kawasan tanah rata dan sawah padi yang bertali air, menyebabkan kubu parit (Trenches) yang dikorek menjadi tidak sesuai untuk bertempur. Ia dipenuhi air!. Dinding struktur kubu parit telah di cerucuk dengan batang buluh. Tinggi dinding mencecah sehingga 6 kaki ke atas dan lebar hampir 7 kaki. Jepun telah menganggap kubu ini sebagai ‘ JITRA LINE’.
13.Jitra Line juga di perkukuhkan dengan ‘pillbox’ dan serentak dengan pembinaan ini, semua anggota sibuk dengan latihan persediaan Ops Matador. Semua ini berlaku pada awal Disember 1941. Panglima Tentera Udara British di Timur Jauh Marshall Udara Brooke-Popham telah mengizinkan Jen. A.Percivel memasuki wilayah Thailand apabila Kota Baharu diserang. Maka Panglima Pemerintah Kor, Jen. Heath diarahkan bersiap sedia menggerakkan trup Ops Matador.
14.British membuat tinjauan udara dan mendapati pendaratan besar besaran Jepun di Singgora dan Pattani. Berita ini disampaikan ke kota Baharu pada jam 0915. Pada jam 1100, barulah Percival dapat maklumat ini di markas Malaya Command setelah kembali dari menghadiri mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Pembaca ingin tahu apa alasan Jen. Percivel?
15.“Apa yang berlaku antara 3 Corps dan 11 Indian Divisyen saya tidak tahu. Tapi saya masih mempertahankan bahawa hanya ada satu sahaja talian telefon awam yang mana kita semua menggunanya, dan khidmatnya hanya khas untuk mereka yang mempunyai keistimewaan terhad. Ia tidak dijangka berlaku, itu fasal la saya tidak dapat maklumat awal bro…” :D 
Dalam masa yang sama, 11 Div yang hendak menyerang pelabuhan Singgora diarahkan agar menyerang Jepun yang telah mendarat mudah. Ia telah memberikan impak kepada persiapan 11 Div ini.
tank
16.11 Disember 1941 : Jam 0800 bermula serangan Jepun terhadap 1/14 Regimen Punjab dan mereka tewas. 2 penangkis kereta kebal Breda di tawan Jepun. Askar Punjab seperti biasa lari lintang pukang. Kol. Saeki memeriksa kawasan Punjab itu dan menjumpai 10 senjata berat dihala ke arah Jepun tapi tiada yang mengoperasikannya. Beliau yakin bahawa semua askar Punjab berlindung daripada hujan di kawasan pokok pokok getah di kiri kanan jalan Changlun itu.
17.Kol. Saeki bertindak bijak, mengarahkan serangan dilakukan secara berdepan melalui jalan utama dan asakan dari kiri dan kanan jalan Changlun itu. Maka bertempiaran lagi askar Punjab menyelamatkan diri di dalam keadaan hujan lebat itu.
Tragedi Jambatan Manggol.
18.British di bawah 15 Briged berundur ke Jitra. Trup 6 Briged dari Perlis juga berundur. Sesampainya di Manggol, ada sebuah jambatan merentasi sungai. Kawasan itu dijaga oleh 15 Briged dan di perintah oleh 1 Regimen Leicester. Jambatan tersebut telah dipasang bom bagi menyekat Jepun dari mara ke arah Jitra.
bridge
19.Apa yang terjadi ialah, 6 Briged telah diarah berundur ke Jitra, disinilah kesilapan paling ketara British. Pertahanan British diseberang sungai telah meletupkan jambatan itu kerana menyangka bahawa trup yang sedang mara itu ialah Jepun. Akibatnya sejumlah pengangkut anggota, empat laras meriam dan 7 meriam Breda terpaksa ditinggalkan di seberang sungai.
20.Banzaiiii………….Jepun terus mengasak sehingga petang. Mereka bertempur dengan 2/9 Jats dan mula mengasak sebelah kanan. Disamping itu, peluru cahaya dilepaskan sebagai bantuan dan tembakan bermula. Jam 2030, kereta kebal Jepun mengasak lagi dengan bantuan spotlight besar dan menumpaskan 1 peronda 1 Leicestershire. Dalam pada itu, 2 kereta kebal Jepun terbakar akibat terkena peluru meriam pasukan 125 anti kereta kebal British.
21.Markas 15 Briged menerima laporan. Dikatakan bahawa Jepun telah menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor. Brig Carpendale berasa terancam dan lantas tanpa merujuk kepada Panglima Div, ia meminta bantuan Brig Lay, Panglima 6 Briged agar dapat membantu dengan memberikan 2 kompeni dari 2/2 Refal Gurkha (simpanan). Mereka mengambil lokasi arah ke timur dan satu lagi 2/16 Punjab di letakkan di Kelubi untuk menyokong pertahanan belakang.
22.12 Disember 1941-Tepat jam 0300, Jepun mula menyerang kembali menerusi jalan raya utama dan mengasak sehingga ke kawasan belakang sebelah kanan kompeni 1 Leicestershire. Jepun dapat diundurkan setelah bantuan dari Bren Carrier diatur gerak kembali hampir waktu subuh. Hujan mencurah curah tidak berhenti, jam menunjukkan 0600, Jepun mengarahkan satu kompeni yang dibantu oleh kereta kebal menyerang secara berdepan di bahagian timur jalan yang memisahkan pasukan 1 Leicestershire dan 2/9 Jats. Serangan itu berjaya dan Jepun menawan pos pemerhati meriam. British menyerang balas tetapi hampa.
23.Brig Carpendale lagi sekali meminta bantuan Brig Lay 6 Briged. Ia telah diberi 1 markas briged dan 2 kompeni 1/8 Punjab. Lantas mereka diarahkan melancarkan serangan besar besaran dengan dibantu oleh meriam untuk merampas semula kedudukan tadi. Pasukan ini menyerang melalui kawasan Jats yang menyangka tembakan itu dari Jepun. Serangan balas ini gagal lagi! Jam 1000 menunjukkan tewasnya British dan pegawai pemerintah juga terbunuh.
24.Pada 12 Disember, Jeneral Murray Lyon meninjau markas Briged 15, Jam 0900 beliau diberitahu telah kehilangan 2 batalion dan kemarahannya memuncak apabila mendapati Brig Carpendale telah mengguna sepenuhnya kekuatan anggota sehingga kepada pasukan simpanan!. Trupnya keletihan yang amat sangat dan hilang semangat. Lantas Jen. Murray Lyon memohon izin Panglima Malaya Command memalui markas 3 Kor untuk berundur dari Jitra ke kawasan Gurun dan membuat pertahanan di sana.
25.Sementara itu, di pihak Jepun pula, Mejar Jen. Kawamura (Panglima Briged ke 9 Infantri telah membuat tinjauan di hadapan. Beliau memerintahkan agar pegawal hadapan Infantri yang telah bertempur berundur dan digantikan dengan Regimen 41. Arahan dikeluarkan untuk menyerang pada waktu malam di kawasan sebelah timur jalan raya itu. Regimen 11 pula diperintahkan menerang di sebelah barat serentak.
26.Jepun berjaya mengucar kacirkan pertahanan tengah British dan menumpaskan kompeni Jats di sebelah kiri sehingga memaksa kompeni Jats berundur ke tenggara kawasan. Sebelah kanan pula milik Leicestershire juga diasak. Jam menunjukkan 1430, Jepun akhirnya bertembung dengan 2/2 Gurkha di Sungai Bata. British menyerang balas melalui platun bergerak dari 2 East Surrey yang dihantar oleh 6 Briged. Tindakan ini telah menyebabkan kawasan kanan Leicestershire berjaya diselamatkan dari di kepung Jepun. Pertempuran berehat pada jam 1500.
27.Brig. Carpendale tersedar dari lamunannya, dia telah melakukan beberapa kesilapan. Pertahanan Jats dan Leicestershire dalam keadan yang amat kritikal. Arahan dikeluarkan kepada Leicestershire dan Jats. Jats ditugaskan untuk bertahan di kawasan Kelubi dan dibantu oleh kompeni Punjab di sungai Bata. Manakala Leicestershire di arahkan untuk bertahan di kawasan barat dan utara sungai itu. Tujuannya ialah untuk menyerang kawasan timur pada keesokan harinya.
Cadangan Brig. Carpendale..
28.Mencadangkan Brig.Lay agar pasukan East Surreys menyerang balas kawasan kiri dan utara Leicestershire. Ia dipersetujui oleh Jen. Murray Lyon. Kecuali…Pasukan East Surreys di tetapkan sebagai pasukan simpanan. Brig. Lay di arahkan mengundurkan dua kompeni East Surreys ke Kepala Batas untuk melindungi jambatan Sungai Kedah. Setelah Leicestershire dan 2/2 Gurkha bergabung dan berundur ke kawasan pengkalan udara.
29.Ternyata Brig.Carpendale ini lidah bercabang… lain yang dirancang, lain pula yang disuruh. Tiba tiba sahaja Brig. Carpendale membatalkan cadangannya itu. Ia bertujuan untuk Leicestershire menumpukan kepada tugas bertahan. Jam 1515, mereka diperintahkan berundur dari kawasan hutan di sepanjang Sungai Jitra ke jalan raya utama dan menuju ke selatan melalui Padang ke Sungai Bata. Disamping itu Jats juga berjaya diundurkan kecuali pertahanan kanan mereka yang gagal dihubungi.
30.Jam 1800, Jen. Murray Lyon tiba di Tanjong Pauh, beliau mendapat berita keadaan kelam kabut di jalan raya kerana dikatakan bahawa kereta kebal Jepun berjaya menyeberangi Sungai Bata. Beliau tiba di markas Divisyen jam 1830 dan satu laporan telah menantinya. Laporan mengatakan bahawa Leicestershire telah diserang dan Jats telah di tewaskan. Dikatakan juga Jepun telah menyerang 2/16 Punjab di Kelubi. Kajian beberapa pengkaji sejarah mengatakan bahawa laporan ini tidak benar sama sekali.
31.Dalam pada ketika itu, 3/16 Regimen Punjab dalam keadaan kritikal. Mereka tidak mampu bertahan lebih dari 3 hari. Jen. Murray Lyon berpendapat mereka patut diundurkan dari Jitra. Keputusan berundur itu dibuat pada malam itu juga ke seberang Sungai Kedah. Jam 1930, Panglima 11 Divisyen memohon permisi berundur dan membuat perlindungan di Gurun. Jam 2200 12 Disember, Jen. Murray Lyon memerintahkan agar 11 Divisyen berundur Ke Alor Setar.
32. Pada malam itu juga semua diarahkan berundur dari Jitra ke Alor Setar sejauh 15 batu dalam keadaan cuaca yang amat buruk melalui jalan utama. Penunduran yang amat perit ini dirasai oleh askar askar yang sudah hilang semangat dan keletihan. Tambahan pula mereka tidak terlatih dan terlalu muda.
33.Dalam pada itu juga, ada pasukan yang tidak menerima perintah berundur dan bertahan di kawasan mereka sehingga esok pagi. Mereka terpaksa bergerak dalam pasukan kecil dan banyak kehilangan kelengkapan perang. Ada yang berundur meredah sawah padi, paya, jalan kereta api ke Alor Setar dan ada juga melalui pantai Kedah.
Jepun di Jitra.
34.Disember 12, 1941. Jatuhnya Jitra. Malam 12 Disember.. serbuan Jepun terhadap jambatan Sungai Bata. Ia berjaya diusir semula oleh 2/2 Regimen Rifle Gurkha. Kemudian Gurkha ini meletupkan jambatan itu pada jam 0200 13 Disember. Kemudian mereka berundur ke pertahanan belakang oleh 2/9 Gurkha. Jam 0430, mereka semua berundur. Pasukan 2/6 Regimen Rifle Gurkha inilah yang terakhir meniggalkan Jitra.
tank
35.Subuh berlalu, Jepun menakluki Jitra. British telah meninggalkan 50 field gun50heavy machine gun, 300 trak dan kereta perisai. Peluru dan makanan juga dirampas oleh Jepun yang mencukupi untuk satu divisyen selama 3 bulan!. Manakala askar India seramai 3000 orang menyerah diri kepada Detachment Saeki.
KESIMPULAN..
Jepun telah berjaya memalukan British. British banyak berdolak dalik dalam soal pertahanan. Pembatalan Ops Matador merupakan satu kesilapan yang amat besar.
Salam dan tabik hormat saya kepada semua warga warga veteran Kedah, datuk datuk dan nenek nenek yang masih hidup yang merasai keperitan hidup di serang dan hidup pada zaman perang. Ada antara mereka yang menjadi wira wira mempertahankan tanah Kedah bersama Malay Regiment.
Artikel akan bersambung lagi nanti. Saksikan episod akan datang.. SERANGAN KAMPAR.
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada admin Tn Hj. Shah Paskal. Sebagai memperkayakan lagi bahan bacaan Blog MOM ini. Saya buka perbincangan kepada forumer forumer sekalian…
Sekian