Translate
Wednesday, 28 January 2015
Pemergian Ayah Mertua
1. Pada jam 2.30pagi 20 Januari 2015, bapa mertua aku meninggal dunia.
2. Ayah aku dah lama sakit. Cuma sakitnya bertambah teruk selepas hari raya Aidiladha lalu.
3. Masa mula2 masuk hospital besar Kota Bharu, ayah masih boleh berkomunikasi seperti biasa. Cuma agak susah sikit aku nak paham. Anak2 beranak dia pun jenuh nak paham.
4. Kemudian, ayah kene serangan sawan, kejang dari paras pinggang hingga ke kaki.
5. Doktor terpaksa buat keputusan untuk bagi ubat pelali dan ubat tidur untuk kasi ayah rehat.
6. Semua organ berfungsi dalam keadaan baik. Tiada sebarang kegagalan hati, buah pinggang, jantung dan lain - lain.
7. Tekanan darah pun normal. Cuma kemasukan oksigen agak rendah. Jadi doktor letak alat bantuan pernafasan. Tapi ayah tak suka. Dia rimas. Aku paham.. memang rimas pakai alat tu.
8. Cuma, selepas dimasukkan ke ICU selepas buat pembedahan buang nanah dibahagian belakang badan, ayah koma. (Bahasa mudah aku sebab ayah tak bangun2).
9. Kadang- kadang je ader pergerakan pada tangan. Kadang- kadang buka mata. Tapi tak lama.
10. Dalam keluarga mertua aku, tidak ada kes - kes macam ni. Jadi, ipar-ipar aku agak susah nak terima kenyataan.
11. Semua menangis sebelum ayah dikafankan. Kecuali aku dengan sorang lagi abg ipar aku. Memang saja aku tahan. Sebak weyyy. Tapi aku tahan. kalau aku nangis... memang sah tak boleh berhenti.
12. Aku ingat masa ayah sihat, aku ngan dia lepak kat beranda atas umah. Dia cerita, pernah bawak kain baju untuk dijual sampai ke Pulau Pinang. (Keluarga mertua aku dari Kemboja. Bini aku je lahir kat Kelantan).
13. Pernah kena tahan dengan polis sebab lebih muatan. Tapi polis tak saman pun. Ayah aku kata polis muda tu nasihat jangan buat macam ni (bawa muatan lebih) sebab bahaya.
14. Kat atas beranda tu juga dia pernah pesan, dalam Islam ada banyak hukum hakam. Maksud ayah aku.. jangan jadi jumud. Asalkan berpaksikan kepada AlQuran dan Hadis Sahih.
15. Dia juga bercerita yang rumah yang dia buat ni, kayu daripada jenis kayu berlian (atau belian). Masa tu harganya RM2000. Tahun 70an rasanya.
16. Dia cerita, tiap kali banjir memang seronok. Semua turun main air. Yang tak main air akan lepak atas beranda rumah masing - masing. Banjir dulu mana ada air keruh macam sekarang.
17. Kalau aku rindu dan teringatkan dia... anak - anak dia apatah lagi...
18. Anak buah aku kata, masa ayah aku meninggal, ader air mata keluar.
19. Aku juga akan menyusul suatu hari nanti. Moga kita semua pergi dalam Husnul Khotimah Amiin.
Al Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment