Translate

Tuesday, 26 March 2013

Berjalan - jalan ke Phnom Penh

Sabtu dan Ahad depan.. (30 & 31 Mac 2013) aku nak g Phnom Penh, Cambodia. Berjalan dengan kawan aku. Berdua jer. Lagi seronok kalau dapat pergi ramai tapi kalau dah kepala memasing seorang ke 'utara' seorang ke 'selatan', baiklah aku pergi dengan yang paling mudah untuk aku buat keputusan. 

Lapi pun, aku pernah buat penyediaan untuk pergi Pulau Tioman sebelum ni. Cadangan bukan dari aku pun tapi dorang minta aku tolong selaraskan apa yang patut. Sudahnya, daripada 6 orang, hanya 3 orang (termasuk aku) jer yang pergi. Sakit hati dapat "KAWAN" macam ni.. dah lama dah kes ni tapi terkilannya aku dengan sikap acuh tak acuh mereka sampai sekarang tak leh nak lupa. Serik!!!!

Tiket nak pergi Phnom Penh aku tempah sejak tahun 2012. Air Asia jer. Nak harapkan MAS memang haram laa nak dapat murah. 

Jadi, untuk persiapan, Passport dah settle, tiket flight dah check in, hotel pun dah booking dan duit pun dah tukar kepada USD. Aku tukar RM1000 dapat USD321. Hotel pun aku booking kat Holiday Villa. Kawan aku yang pernah pergi Phnom Penh cadangkan hotel ni sebab hotel ini ada menyediakan sajian HALAL. Lagi pun dekat dengan Central Market. Jalan kaki jer. Dah jimat duit tambang hehehe.



Aku rasa, cukup la kot USD321 tuh. Bukannya nak shopping sakan pun. Nak jalan - jalan jer. Setakat 1 malam jer pun. 

Cuma ada beberapa hal yang aku 'blur' tentang Cambodia nih. Mengikut kata abg ipar aku yang pernah pergi sana, makanan yang berupa lebih kurang kueh tiow sup pun harganya mencecah USD6. Mahalnyer!!!. 

Keduanya, tentang makanan halal. Kalau baca kat blog2 mereka2 yang pernah pergi Phnom Penh, kedengaran seperti mudah nak dapat makanan halal. Tapi abang ipar aku lak kata, aku kena berhati2 tentang status halal haram makanan kat sana. 

Tambang dari satu destinasi ke destinasi lain pun kena fikir jugak ni. Tapi apa - apa pun semoga perjalanan ini dipermudahkan oleh ALLAH dan mendapat rahmat & keberkatan dariNYA.. amiin..

Insyaallah, jika ada rezeki, aku akan update tentang pengalaman 2 hari 1 malam di Phnom Penh, Cambodia. 



No comments:

Post a Comment