Aku ke Phnom Penh pada 30 dan 31 Mac 2013. 1 malam jer. Pukul 3 pagi dah bangun. Tak pernah aku bangun macam ni punya awal. Pukul 4 pagi aku pandu kereta ke LCCT. Lebih kurang jam 5.30 pagi sampai. Malas nak naik teksi. Lagi pun parking yang aku bayar selepas balik dari Phnom Penh pun RM81 jer. Nasib tak naik teksi.
Pas cari kawan aku (kul 2 pagi lagi dia dah ader kat LCCT!!!), terus pergi balai berlepas. Tapi polis bantuan yang jaga gate kata, belum boleh masuk lagi. Siap suruh kita orang pergi tandas sebab dalam balai berlepas tambahan ni (sebelah balai berlepas domestik) tak ada tandas. Kita orang pergi surau nak solat subuh dulu. Pas solat, terus pegi balai berlepas, sekalinya dah penuh orang beratur...
sesak!!!!
Mula - mula aku ngan kawan aku beratur lah dengan berhemah dan sopannya. Pas tuh kawan aku bagi tau dah tiba masa boarding dah ni. Waktu boarding 6.25pagi tapi barisan ni macam tak bergerak jer. Aku pun suruh kawan aku pergi depan tanya polis bantuan yang jaga pintu masuk. Rupanya yang ramai2 buat sesak ni saja beratur tak sabar2 nak pergi PHUKET. Aper laahh... menyusahkan orang betul. Tapi pelik jugak kenapa polis bantuan yang jaga pintu masuk tuh tak buat pengumuman ker aper ker suruh orang2 yang tak berkenaan tuh bagi laluan ker aper ker.... haiissshhh...
Dah settle kastam, terus boarding. Pas tuh dengar pengumuman yang ditunggu - tunggu..
"Cabin crew please arm all doors and cross check, thank you"...
Best kan dengar statement tuh... tapi masalahnyer, lepas tutup pintu kapal tak jugak bergerak. Punya laa bosan. Rupanya trafik sesak kat KLIA... jam 7.37 pagi baru take off...
Perjalanan memakan masa selama 1 jam 45 minit.... sebelum sampai cabin crew kasi borang untuk di isi bagi pihak imigresen cambodia.
tulis jangan tak tulis....
Kita orang sampai lebih kurang 9.15 pagi waktu Malaysia (aku tgk jam kat hp aku). Satu perkara yang nyata ialah... PEGAWAI IMIGRESEN CAMBODIA TIDAK MESRA & INI ADALAH FAKTA!!!... Korang semua jangan mimpi laa dorang nak ucap welcome ker thank you ker atau senyum ker. Jadi, terpulang kepada kita nak sedekah senyum kita atau tidak. Ditambah dengan bahasa inggeris yang tunggang langgang dengan pelat khmer dorang tuh.
Kami decide ambil teksi untuk ke Holiday Villa. Kos teksi adalah USD 9 (sila convert sendiri yer). Kalau ambil Tuk-Tuk kosnya adalah USD7.
Sampai jer kat Holiday Villa, kita orang di tegur oleh Pengurus Hotel, Mr Charles yang berasal dari Pulau Pinang. Menariknya, walaupun sampai awal, kami dibenarkan Check In tanpa sebarang bayaran tambahan pun. Kalau hotel kat Malaysia ni, haram la nak bagi servis macam tu. Masa tuh aku tengok jam kat hotel baru pukul 9 pagi (waktu Cambodia). Jam kat hp aku pukul 10 pagi. Lewat 1 jam waktu Cambodia. Pas check inn, kami deal dengan hotel untuk explore Phnom Penh naik TUK-TUK. Oleh sebab booking melalui hotel, rate pun guna rate hotel. Kami bayar USD25 untuk jalan - jalan sampai petang. Insyaallah aku akan update pasal jalan2 di Phnom Penh jika ada kesempatan.
No comments:
Post a Comment