Ok, sambung cerita lagi.
Kami pilih tuk-tuk sebab macam best jer. Lagi pun, di Malaysia mana ada tuk-tuk. Sekali sekala datang ke tempat orang ni, mana yang boleh kita cuba ajer lah.
Oleh sebab kami deal dengan hotel, kadar tambang tuk-tuk yang dikenakan adalah USD25. Kalau tak mahu gunakan khidmat hotel pun boleh juga. Keluar jer daripada hotel bersepah tuk - tuk kat luar.
Kadar tambang boleh dirunding. Cuma ada risikonya kalau tersilap pilih tuk - tuk. Kemungkinan besar pemandu tuk - tuk ni ada yang bekerja secara sambilan. Bawak tuk-tuk nak carik pendapatan lebih atau pendapatan sampingan (Kos sara hidup di Phnom Penh agak tinggi). Jadi, kemungkinan mereka kurang fasih berbahasa inggeris atau kurang mahir dengan jalan agak tinggi.
Pastikan tuk - tuk yang mahu disewa tuh ada insuran perlindungan untuk penumpang. Biasanya pemandu tuk-tuk yang berlesen dan mahir ni ada "sign board" kecil yang mereka gantung memaparkan nombor lesen mereka beserta insuran perlindungan.
ini tuk -tuk yang kami sewa. Pastikan ada sign board macam ni. Kami panggil dia Mr BUN... orangnya amat ramah
Pemandu tuk-tuk kami cukup ramah. Walaupun kat sign board tuh tertulis tak boleh tawar harga, tapi dia ok jer. Dia kata asalkan masing - setuju dan puas hati dengan harga. Dengan syarat tak perlu booking tuktuk dia melalui pihak hotel.
Kami bagi tau nak ke Killing Field & Tuol Sleng Genocide Museum. Kemudian dia cadangkan kami ke Phnom Penh shooting range kemudian baru ke Killing Field dan seterusnya ke Tuol Sleng Genocide Museum. Sebabnya, Killing Field dan Shooting range terletak berdekatan tapi perjalanan ke sana agak jauh (bagi mereka). Bagi aku, tak la jauh mana pun, tapi sebab tuktuk dan semua kenderaan kat Phnom Penh ni dipandu sekitar 60km/jam.... memang lah terasa jauh dan bosan....
Seperkara di Phnom Penh, harga petrol untuk 1 liter agak mahal. Kesian betul dengan orang kata sana. Satu perkara lagi, harga petrol disetiap stesen minyak berbeza antara satu sama lain.
Harga petrol 1 liter. Matawang Cambodia ialah Riel. KHR5350 = MYR4.12. Adoii mahalnya...
Stesen minyak harga lain pulak. Harga dalam dolar. Paling murah USD1.34 bersamaan MYR4.10. Beza berapa sen je pun.
Patut la harga makanan kat restoran lain macam jer mahalnya. Bertuah sangat jadi rakyat Malaysia. Walaupun masih ada yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan, aku masih tetap bersyukur.
Pemandu tuktuk kata, rakyat Cambodia dah banyak kali minta supaya harga minyak dikurangkan tapi sehingga kini masih tiada apa-apa keputusan.
Pandangan peribadi aku, kalau nak kurangkan memang agak rumit bagi kerajaan Cambodia jika semua minyak atau hasil petroleum terpaksa diimport dari luar. Tambah pemandu tuktuk lagi, Cambodia ada simpanan petroleum tetapi masih belum dituai hasilnya lagi.
Ok. sampai jer kat shooting range, rupanya berhampiran kawasan tentera. Divisyen ke 3 kalau menurut penerangan pemandu tuktuk. Ada pelbagai senjata. Daripada senjata AK-47 Kalashnikov hingga kepada RPG!!!. Tapi kena bayar hehehe.
senarai harga dalam USD... Mahal tapi pengalaman punya pasal..
ada sesiapa nak cuba RPG??? USD350 = MYR1078!!!!
Kawan aku ambil AK-47, aku pulak ambil M4.
CHOEUNG EK (KILLING FIELDS)
Lepas selesai menembak, kami terus ke Killing Field ( Choeung Ek). Tiket masuk berharga USD3 = MYR9.24 seorang. Tiket untuk bantuan audio USD3. Jumlah USD6 seorang = MYR18.48!!!!!.
Tiket masuk. Harga tiket untuk seorang USD3.
Tiket untuk audio kena bayar juga... USD3 setiap seorang.
Bila dah bayar tiket, setiap pengunjung akan dibekalkan alat bantuan audio beserta head phone dan peta lokasi.
Alat bantuan audio beserta peta lokasi diberikan berdasarkan bahasa pilihan yang kita mahukan. Bahasa Malaysia memang ada.
Alat bantuan audio. Setiap hentian check point ada penerangan audio yang berkaitan
Peta lokasi di dalam Bahasa Malaysia
Mudah kan..
Seluruh kawasan Cheoung Ek atau Killing Field ini asalnya tanah perkuburan masyarakat cina tempatan. Masih ada lagi sisa - sisa kubur cina di situ.
Sisa kubur cina yang masih ada. Rupanya semua pengunjung berjalan atas kubur!!!
Antara sisa kubur cina yang masih ada
Selebihnya, aku poskan gambar - gambar sekitar Killing Fields.
Kubur Besar
Kanak - kanak pun tidak terkecuali......
Kubur tidak bertanda...
Kubur Kanak - kanak & wanita
Pokok tempat membunuh bayi....
Anak kecil yang tak tahu apa pun dibunuh. Ini lah
KOMUNIS. Hinggakan kanak - kanak dan bayi yang masih merah pun dibunuh. Alasan mereka, untuk mengelakkan balas dendam dikemudian hari, jika seorang dihukum bunuh, maka seluruh keluarga harus dihukum bunuh. Sama macam pemerintahan dinasti-dinasti China suatu ketika dahulu.
Pokok ini digunakan untuk meletakkan pembesar suara. Ketika hukuman dijalankan bunyian atau muzik yang kuat akan dipasang untuk menutup bunyi jeritan mangsa.
tulang...
Antara peralatan yang digunakan untuk membunuh mangsa
Hampir serupa dengan senjata Barong....
Esok aku sambung dengan Tuol Sleng Museum Insyaallah.