TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM
Dari Killing Fields kami terus ke Tuol Sleng Genocide Museum. Bayaran masuk ialah USD3 untuk seorang.
Muzium ni tak jauh dari pusat bandar Phnom Penh. Tahanan akan dibawa ke sini untuk diseksa bagi mendapatkan pengakuan sebelum dibawa ke Killing Fields untuk dibunuh. Nama lain bagi tempat ini ialah SECURITY PRISON 21. Atau dipanggil S-21.
Muzium ni asalnya sebuah sekolah. Cuma bangunan perlu kepada penyelenggaraan yang lebih baik.
Dah bagi tahu awal - awal JANGAN SENTUH...
Mungkin gambar di dinding menceritakan mayat yang dijumpai di sisi katil ini...
Hampir setiap bilik ada bekas peluru ni..
bekas tulisan dalam bahasa perancis pun ada lagi... cuma dah kabur
Kubur menepatkan mayat-mayat yang dijumpai di penjara ini.
Ketika para penyelamat datang ke penjara ini, mereka menjumpai mayat - mayat para tahanan dan kemudiannya dikebumikan disini.
Peraturan yang ketat. Tapi tetap juga tahanan dibunuh....
Tempat gantung... Gantung orang ler.. cuma mangsa digantung kepala ke bawah kaki ke atas!!! Asalnya tempat pelajar berlatih..
Macam ini lah tahanan digantung...
Berikut adalah bilik bagi menempatkan mangsa tahanan.. sebesar tandas jer
Ini tempat menggantung kunci gari kaki setiap tahanan
Besi yang digunakan untuk mengikat kaki mangsa
Peralatan untuk menyeksa para tahanan. Hanya untuk memaksa tahanan mengaku sesuatu kesalahan yang mereka tidak pernah lakukan!!!
Tempat penyeksaan...
Tempat penyeksaan..
Gambar para tahanan...
Masyarakat Islam di Kemboja pada ketika itu
Selesai jer 'berziarah' muzium Tuol Sleng, driver tuktuk kami cadangkan untuk makan tengahari. Lagi pun katanya Royal Palace dan National Museum Cambodia masa ni tutup. Lunch hour katanya. Pukul 2 pm baru buka.
Rupa-rupanya selama ni kami berjalan ke sana sini macam nak tercabut lutut baru pukul 1pm. Mati-mati kami ingat dah pukul 3pm...
Driver tuktuk bawa kami ke restoran halal. Dia tahu semua tempat restoran halal. Jadi masalah makan minum tak jadi masalah buat kami.
Kami singgah makan di AH - MAN GREEN RESTAURANT. Masuk dalam kedai tuh (berhawa dingin), menu yang ada ialah, ayam masak kari, taugeh goreng, sawi goreng, sotong masak berlada. Kalau nak ayam goreng boleh order ngan taukeh kedai.
Makanannya boleh lah diterima tekak kami. Cuma aku mahukan citarasa Kemboja. Setakat kari ayam nak buat aper!!!
Harga makanan dan minuman kami.... USD11.. Korang convert lah sendiri dalam Ringgit Malaysia yer...
Tapi yang menariknya dengan restoran ni, mereka menyediakan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan. Tiada caj tambahan dikenakan. Order jer melalui telefon, menu tertakluk apa yang ada pada masa tuh dan tunggu jer kat lobi hotel. Ini kalau dah tak larat sangat nak keluar atau pun malas hehehe.
kat belakang Maruhan Bank jer.. alaa dekat-dekat Paster Road tuh...
Roti canai pun ader tau...
No comments:
Post a Comment