Translate

Thursday 11 April 2013

Jalan - jalan ke Phnom Penh, Cambodia (Wat Phnom, Royal Palace dan National Museum Cambodia)


 WAT PHNOM


Habis makan - makan & solat zuhur, kami dibawa melawat ke Wat Phnom. Ianya sebuah kuil yang terletak di atas bukit kecil ditengah - tengah bandaraya Phnom Penh.

Kebanyakan pelawat terdiri daripada penduduk tempatan sendiri. Bayaran masuk ialah USD1 untuk setiap pengunjung.

Kami pergi pun setakat ambil gambar. Nak harapkan penjaga kuil memang haram lah dorang nak explain pasal kuil tuh. Bukannya tahu bahasa inggeris pun.


aper-aper pun bergambar dulu... hehe



Pintu masuk utama ke dewan kuil


Pemandangan Kota Phnom Penh dari kuil



Tangga menuju ke dewan utama kuil .. dari sisi


Stupa ni ada di setiap penjuru kuil

Dalam dewan utama.. Lupa pulak nak ambil gambar lukisan siling.. 


Struktur asal binaan kuil


ROYAL PALACE

Dari Wat Phnom kami terus ke Royal Palace. Cuaca pun makin panas. Sampai di perkarangan Istana, beli air mineral. Harganya USD1 untuk air mineral botol kecil 500ml. Bayangkan, minum air masak berharga 3 ringgit..... 



Laluan ke perkarangan Istana... lepas bayar tiket

Harga tiket untuk setiap pengunjung asing ialah USD6.50 seorang. Boleh pergi MEKAH balik hari dah orang kemboja nih. Udah ler air mineral botol kecik MYR3 ringgit, nak masuk kawasan Istana pun hampir MYR20 ringgit.


Royal Palace - DEWAN UTAMA... tak leh amek gambar kat dalam.. hampeh!!!


tak tahu lah ini bangunan apa...



Bumbung bangunan berwarna merah amat serupa dengan binaan masjid lama di Kelantan (Masjid Kg Laut), Melaka dan Aceh.


Gambar - gambar dibawah merupakan idol yang disembah. Tak tahu apa namanya. Papan tanda penerangan pun tiada. Kalau ada pun dalam bahasa mereka.


Ambil berkat katanya...


Ukiran ular besar amat sinonim dengan lagenda Khmer.. tapi kebiasannya ada tujuh kepala... ini cuma lima... 


Kenal siapa di dalam gambar nih :) Bangga jap ..




Salasilah keturunan Diraja



Gambar keluarga Diraja.


Kurang pasti monumen apa.. tak der penerangan dalam bahasa inggeris..

tak pasti dewan apa..


Salah satu pintu ke perkarangan Kuil di dalam kawasan Istana


Perkarangan National Museum Cambodia.

Habis di Royal Palace, kami terus pergi National Museum Cambodia. Bayaran masuk ialah USD5 untuk seorang. Kopak laaa hahahahaha. Tapi kan, kalau orang tempatan, bayarannya cuma 500 riel jer iaitu bersamaan 50 sen!!!!!.

Sepeti biasa, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium. Sayang betul. Banyak artifak dan batu bersurat kat dalam muzium ni. Paling kami bangga, apabila MERIAM LELA RENTAKA dari Malaysia dipertontonkan di muzium tersebut. Tapi sayang, tak boleh nak ambil gambar.


1 comment: