Translate

Monday 20 May 2013

Jalan - jalan ke Phnom Penh, Cambodia (Penutup)


Hari kedua & terakhir di Phnom Penh

Pemandangan Bandar Phnom Penh awal pagi Ahad... dari Holiday Villa

(lama betul nak habiskan cerita... maklumlah selalu keluar outstation hehe)

Dah penat melilau pada siang hari, malam harinya kami pergi makan malam berhampiran dengan water front. Kalau dari hotel jauh kalau berjalan kaki. Kami deal dengan tuktuk yang sama ajer. Cuma kali ni kami deal terus dengan dia. Senang. 

Kami minta dia bawa ke restoran halal yang murah dan menyediakan makanan masyarakat tempatan Kemboja.

Harga dalam matawang Kemboja (Riel) atau singkatannya KHR. Bukan nama syarikat juruaudit tuh yerr...


Korang semua nampak harga menu kat gambar atas??? Mee Hun Goreng (Bihun goreng) KHR8000 bersamaan MYR8!!!!!!!. Giler laa bihun goreng LAPAN RINGGIT!!!... hahahahahah...  tapi itu lah hakikat kehidupan di Kemboja nih. Aku bersyukur Allah hidupkan aku di Malaysia ni... dalam nikmat ISLAM..  :)

Tapi kami pesan makanan tempatan. AMOK CHICKEN dan Sup ikan yang dimasak mengikut citarasa masyarakat Khmer. Pasal ayam tuh, aku tak pula tanya maksud AMOK tuh.. dah lapar... bedal ajer laaahhh... Sedap :)


Dari kiri Sup ikan Kemboja dan Amok Chicken... tak tahu lah ayam tu mengamuk kat saper... 

Aku pesan jugak makan dan minum untuk tuktuk driver kami. Dia tak balik rumah. Dia tunggu kami kat hotel dari jam 6.30pm sampai laa jam 8 malam. Kami ajak makan tapi dia kena jaga tuktuk dia takut kena saman ker aper ker. Jadi kami bungkuskan ajer lah. Makan minum untuk 3 orang, kami hanya bayar USD9++ jer. Murah kan. 

Masa makan, kawan aku macam blur2 nak makan. Mungkin dia tak biasa kot lauk macam ni. Aku dah biasa sangat. Keluarga mertua aku memang dari Kemboja pun cuma dari etnik Champa. 

Lepas makan kami pusing - pusing sekitar water front kemudian terus ke Night Market. Kalau nak beli baju untuk cenderahati, lebih murah beli di Night Market. Boleh tawar menawar. Tapi aku beli ngan awek jer. Nak pujuk2 mintak harga murah2 pun tak der hal punyer hehehehehe.... Baju cenderahati semurah USD5... tapi aku tawar dapat la USD3 sehelai. 

Bahagian jual makanan... tak der kerusi tapi dah disediakan tikar.. percuma... tak macam kat negara lagi satu tuh... segala benda nak suruh kita bayar...


Air tebu kat Phnom Penh sedap.... lain macam sedapnyer. Murah pulak tuh. Kalau kat Malaysia, dalam cawan plastik tuh dijual dengan harga RM1.. kat sini harga 50 sen jer. Air tebunya seperti dah dicampur dengan jus limau mandarin. Tapi tak pun. Memang tebunya rasa macam tuh. Sedap.

Kalau nak beli baju T-SHIRT, elok beli kat Night Market. Murah!!!. Selendang ke, kain lapik meja ker, semuanya murah kat sini. Harga belum ditawar pun dah murah...

Hari Kedua - last day in Phnom Penh

Hari Ahad, hari akhir di Phnom Penh kami ke Russian Market dan Central Market. Kedua-dua pasar tersebut menjual barangan yang sama kecuali harga barangan di Russian Market jauh lebih murah berbanding di Central Market. Cuma keadaan Russian Market agak sempit dan panas. Kalau nak shopping seeloknya awal pagi. Tak lah panas sangat. Aku beli beg Deuter dan segala macam cenderahati kat Russian Market jer. Beli ngan peniaga perempuan.. hehehe.. senang nak pujuk mintak harga murah hehehe (memang dapat murah!!!!). Lagi pun peniaga lelaki buat MUKA KOMUNIS... saper yang nak singgah.. hahahahaha.

Lepas shopping kat Russian Market, kami terus ke Central Market. Mahal sangat barang jualan kat Central Market. Aku tak nampak pun pelancong kat situ. Kedekut pulak tuh nak kurangkan harga.


Barangan jualan di Central Market.. mahal!!!


Pemandangan kaki lima di Central Market


Pemandangan dalaman Central Market


Ada yang berminat??? 



Aneka pakaian, tapi letih la nak tawar menawar kat Central Market.

Pelbagai jenama... 


Lukisan pun ada.


Makanan laut... segar!!!



Ketam Nipah...

Produk ikan masin 

Ikan patin masin yang dijual bergandingan dengan sosej babi.. yerpp sosej babi..


Udang kering... cantik betul udang keringnya.. tapi sebab ada jual sosej babi.. kempunan nak beli..

Produk Ikan masin

Ikan Haruan


Ikan Patin masin.. 1 kg = USD50!!!!

Ikan haruan..rasanya pernah nampak ikan haruan macam ni di pasar Chow Kit 
Kuala Lumpur


Belut...

Majoriti penjual produk makanan laut segar dan ikan masin ni dari kalangan masyarakat cina. Aku tanya driver tuktuk berkenaan produk ikan masin halal. Dia kata agak jauh. Kalau dengan teksi tiada masalah kalau nak kesana. Lagi pun waktu dah hampir tengahari. Jadi kami singgah makan jap.

Oleh kerana Cafe Malaya tutup, jadi kami singgah makan di Restoran D'Nyonya. Dekat jer dengan Central Market.



Harga makanan dan minuman


 Ini yang kami order...

sedap ayam ni.. luarnya rangup.. dalamnya lembut

minuman ni percuma :)

yang ni kena bayar ..




Lepas makan, terus ke hotel... packing apa yang patut dan bersiap. Lepas check out terus ke Airport. Oleh kerana masih awal lagi.... jadi.... MAKAN LAGI!!! heheheh. Kali ni masakan Vietnam pulak hehehe. Restoran Vietnam ni terletak berhampiran Balai Ketibaan.

Macam la kat Malaysia tak da air kelapa... 

menarik!!!


Ada surau. Memang selesa Airport Phnom Penh


Orait.... itu sahaja... Next entry... cerita hal memancing pulak.. Insyaallah















No comments:

Post a Comment