Translate

Thursday 1 August 2013

Trip memancing laut dalam Terengganu


1. Lama betul tak update blog. Lupa pulak yang aku ada blog hehehehe..

2. Kali ni aku nak buat dalam bentuk point. Malas nak buat karangan. Senang (malas sebenarnya hahaha).

3. Ok, trip memancing ni kami lakukan pada bulan April, 26 - 28 April 2013 (Jumaat - Ahad).

4. Aku bertolak selepas waktu kerja pada hari Jumaat. Kawan2 yang lain ada yang bertolak awal pagi. 

5. Lebih kurang kul 1 pagi baru sampai Terengganu. Menginap kat homestay Cabang Tiga.




6. Tak sama dengan hotel 3 atau 5 bintang tapi ok la kan. Cuma yang tak bestnya, aku susah nak tido sebab dorang ni pakat berdengkur. Teruk betul lah. Perkara yang aku malas nak hadapi ialah bila rakan sebilik berdengkur mengalahkan bunyi bot penambang!!!.

7. Jadi, aku buat keputusan tido kat ruang tamu :)





8. Sabtu pagi, sesudah solat subuh, semua bersiap untuk sarapan pagi. Aku cuma layan kopi 'O' jer. Tapi makanan aku beli siap2 untuk bekalan. Nanti kalau lapar mana ada 7 eleven kat tengah laut tuh.


Bergambar kenang - kenangan dengan pemilik HomeStay (dua dari kiri). Aku lupa la nama dia.


9. Selesai sarapan dan makan ubat untuk cegah mabuk laut, kami bergerak ke Jeti Pulau Duyong. 


... bergambar lagi...


... macam biasa.. bergambar...


Isa dengan 'senjatanya'...


Tepi tebing pemecah ombak pun jadilah...


awak-awak bot tolong buatkan perambut...


persiapan akhir...

10. Jauh betul nak sampai ke destinasi. Hampir pukul 1 petang baru sampai kat kawasan memancing. Kawasan tu ada unjam. Setiap unjam ada tuannya. Jadi tekong bot ni bawa kami ke tempat unjam mereka. 

11. Tapi ada satu perkara yang membantutkan mood kami. Fenomena AIR MATI!!!!. Angin tak ada, ombak pun tak ada. Ditambah dengan cuaca terik matahari. Masing - masing mengeluh tak dapat ikan.

12. Paling best, TEKONG BOT MASUK TIDO!!!!. Dia kata, tak ada apa yang boleh kita buat kalau air mati. Pergi la port mana-mana pun tetap tak kan dapat ikan... (katanya).

13. Beberapa rakan dah menyumpah dan maki hamun tekong dalam diam.

14. Walaupun fenomena air mati pada hari itu, teknik apollo tidak mengecewakan.


Zack dengan ikan selar... teknik apollo

ikan selar...

lagi....

dan lagi...


baru first round nih...


akhirnya jadi lauk untuk makan tengahari


Air mati.. ombak takder angin takder... 


15. Pas makan tengahari yang dimasak oleh rakan kita org Zack, bot kami bergerak menuju ke kawasan pelantar minyak. Mereka kata pelantar minyak ini berhampiran dengan perairan Vietnam. 

Pelantar minyak..

bot nelayan dari jeti Kuala Besut


16. Sampai jer kat kawasan pelantar minyak, masing-masing memancing. 

helmi sibuk pasang umpan..


zack... tak sudah2 tali berbelit..


brader awie


otai... en sulaiman


gaya kena ader.. wajib tuh hehehe





dan brader Sulaiman kita adalah pemenangnya pada petang hari tuh ... 


ikan kerapu hasil tangkapan En Sulaiman


 17. Menjelang waktu malam, memancing masih diteruskan. Adalah sedikit keceriaan dikalangan rakan2 hehehe.


Ihsan dengan ikan cecupak... pakai kekili Banax 2000 jer.. 



 abg man dengan ikan tetanda kot...

 ni aku tak tau ikan aper..


Helmi dpt ikan kerapu... senyumnya sampai ke telinga..


lagi ikan kerapu dinaikkan...



Suasana subuh sekitar pelantar minyak


18. Awal pagi ahad, tekong bot bawa kami ke beberapa lubuk memancing di perairan Terengganu. Hasil pada pagi Ahad memberangsangkan. 

ikan kerisi ke ikan merah ni... 


rezeki awal pagi


dapat dua ekor sekaligus

kerapu lagi...


Alhamdulillah, dapat lagi...


jeles betul aku ngan brader nih hehehe


sini memang lubuk kerapu


zack dengan hasil tangkapan

kerapu lagik...


dua ekor sekaligus...


brader ni sorang jer dapat ikan merah

ikan aper ntah





orang lain dapat kerapu, brader ni dapat lain daripada kami hehe rezeki rezeki








ikan kerapu ke empat aku...





19. Masuk tengahari, ikan dah kurang nak sentuh umpan, apa lagi, aku layan apollo jer.. best jugak..

ikan selayang.. agaknyer lah 

hasil layan apollo


20. Kami makan tengahari pukul 4 petang. Punyalaa asyik memancing sampai lupa makan...




Ihsan kebulur... hahahaa

pinggan tak cukup.. mangkuk pun jadik lahh... 

Helmi pun kebulur jugak hahahaha


21. Kami terus bergerak pulang ke jeti Pulau Duyong selepas makan. Lagi pun masuk tengahari jer air mati. Balik lagi bagus.


bergambar




22. Sampai je kat jeti, kami amanahkan awak-awak bot tuh untuk membahagikan hasil yang tak seberapa antara sesama kami. Semua dapat. 

Hasil tangkapan.. tak banyak... tapi boleh lah.. daripada tak ada








23. Dah dapat ikan, terus bersiap. Mandi di jeti. Ada kemudahan bilik air disediakan jika ada pengunjung yang mahu mandi. 8.30pm terus bergerak ke Kuala Lumpur. 

24. Kos 2 hari 1 malam untuk bot besar termasuk makan minum adalah sebanyak RM2900++.

25. Berdasarkan kepada trip tahun 2012 (aku tak join), masing2 bawa balik satu tong ikan. Banyak betul. Tak aper lah. Rezeki di laut memang macam tuh.

26. Cuma kami kurang berpuas hati dari segi penyediaan makan minum. Sepatutnya makan minum disediakan oleh tekong/awak-awak bot tersebut. Tapi kami sendiri yang kena masak. Hanya dua krew bot, tekong dan pembantunya.

27. Aku rasa, perkara-perkara sebegini biasa berlaku dikalangan pemancing-pemancing lain. Dalam erti kata lain, kena survey betul-betul. Boleh juga kalau bertanya pada rakan-rakan di alam cyber melalui forum2 yang ditubuhkan khas bagi kaki pancing.

28. Lapar laa pulak. Nak buka puasa lama lagi nih adehhh hehehehe. Baru kul 3.43 petang hahaha. Ok lah. Selamat menjalani Ibadah Puasa. Semoga puasa kita diterima oleh Allah. Amiinn.


Update...

Beberapa tip masa pergi memancing laut di perairan Terengganu.

1. Sebaik-baiknya dapatkan rehat yang mencukupi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu memakan masa 6 - 7 jam (pemanduan biasa dan berhemah hehe). Jadi sebaiknya tidur dahulu semalaman sebelum memulakan aktiviti memancing keesokan harinya. Ini juga salah satu cara untuk mengelakkan risiko MABUK LAUT (bagi sesetengah orang macam aku nih). 

2. Sarapan sekadar alas perut sahaja. Jika aktiviti memancing bermula awal pagi, seeloknya ambil sarapan ringan contohnya roti bakar ker, capati ker. Macam aku, cukup dengan kopi 'O' pekat. Tapi jangan pulak tak makan. Nanti perut masuk angin. Bila perut masuk angin, kebarangkalian untuk MABUK LAUT adalah cukup tinggi.

3. Umpan kena guna umpan segar. Kalau tekong yang bagus dan bertanggungjawab, dia akan sediakan umpan segar buat pelanggannya. Bukan umpan yang di beli kat pasar. Tekong bot trip tahun sebelumnya memang bagus dan bertanggungjawab. Dia sediakan umpan segar untuk pelanggan pemancingnya. Cuma Tekong bot kami kali ni macam pemalas. Dia beli kat pasar jer. 

4. Kekili. OK bab ini yang agak subjektif untuk dibincangkan. Rata-rata pada trip kali ini masing - masing menggunakan kekili Multiplier atau Overhead. Harga pun boleh tahan. Kekili jer dah RM1000... giler aper... Tapi berbaloi. Ada jugak kawan aku guna kekili mendatar / Spinning Reel jenama Banax 2000 jer. Selamba jer bawak naik cecupak bagak. 

5. Tali. Mereka tak bagi guna tali sulam. Alasannya kalau bersimpul susah nak leraikan. Memang betul pun. Cuma kalau guna tali mono, banyak kurang dari lebihnya. 






6 comments:

  1. pergh mmg layan...saya x pernah lagi dpt g mancing mcm ni...blom ada masa sesuai...in shaa Allah nak g satu hari nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masuk tahun 2015... amacam?.. dah join trip mancing? Huhu

      Delete
  2. Salam..untuk tahun ni takda buat trip lg ke?

    ReplyDelete
  3. apa nama tekong bang.. dan apa nama boat tu...

    ReplyDelete